• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Lelaki Ditemui Depan HSB Selepas Azan Subuh

oleh Ahmad Albab
09/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang pengawal keselamatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini terkejut apabila menemukan seorang bayi lelaki yang baru lahir, selepas azan Subuh, hari ini.

Mohd Nor Samsu, 56, yang bertugas sejak 7 malam semalam, berkata dia sedang melakukan rondaan pada 6.10 pagi dan tidak menyangka bunyi tangisan bayi sejurus selepas azan Subuh menemukannya dengan bayi tersebut di hadapan perhentian bas hospital itu.

“Saya menjumpai bayi itu di atas lantai simen perhentian bas dalam keadaan berbalut tuala kuning serta badannya dihurungi semut dan kesejukan,” katanya kepada Bernama.

Terkejut dengan situasi itu, dia segera menutup tubuh bayi itu dengan kain serta melapor kejadian pada polis.

Mohd Nor turut memaklumkan penemuan itu kepada pihak HSB yang kemudiannya datang dengan sebuah ambulans untuk membawa bayi itu mendapatkan rawatan.

Mohd Nor berkata dia percaya bayi itu dilahirkan di tempat kejadian berdasarkan kepada penemuan dua helai kain batik yang mempunyai kesan darah yang agak banyak di belakang perhentian bas itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin yang mengesahkan penemuan itu berkata bayi itu dipercayai baru berusia sehari dan mungkin dilahirkan di tempat dia dijumpai.

Bayi itu sudah dirawat dan kini dalam keadaan sihat. – BERNAMA

Tags: bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd