• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banyak Negara Islam Hancur Atas Dakyah Demokrasi

oleh AK-47
07/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “PAS menarik diri daripada gerakan bernama Bersih apabila tercium daripada beberapa sirinya bau–bau yang tidak bersih,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kata beliau, PAS tidak lupa dengan peristiwa kebangkitan rakyat Arab Spring menentang kerajaan di benua Arab kononnya bagi mendesak demokrasi bebas dan menentang kezaliman.

Menurut beliau, gerakan itu mendapat sokongan negara Barat atas alasan demokrasi tetapi pada akhirnya memusnahkan negara Islam tersebut hingga hari ini.

“Banyak negara yang dilanda Arab Spring tidak menghasilkan buah yang masak politiknya, malah menjadi lebih parah sehingga mencetuskan keganasan dan peperangan yang tidak berkesudahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata, PAS juga mengetahui bahawa Israel dan sekutunya adalah negara yang mempunyai paling banyak senjata merbahaya disamping menguasai media dan kuasa kewangan untuk mempengaruhi politik negara lain.

Justeru, katanya, PAS telah melakukan muhasabah melalui politik matang dan sejahtera di peringkat antarabangsa dengan menapis dan berhati-hati dalam menerima berita.

Bersih merupakan sebuah gerakan anti-kerajaan yang mendakwa kononnya mereka memperjuangkan kebebasan dan pilihan raya yang adil untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa memihak kepada mana-mana parti politik.

Malangnya, setiap penganjuran perhimpunan, acara, program atau majlis anjuran Bersih menghasut orang ramai supaya membenci kerajaan dan turut disertai pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas meninggalkan UMNO dan bersengkongkol dengan DAP turut menyertai perhimpunan Bersih pada tahun lalu.

Mahathir berpaling tadah daripada parti kaum Melayu dan menyertai pakatan sekular gara-gara kecewa dengan keengganan kerajaan Persekutuan memenuhi kepentingan perniagaan kroni-kroninya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd