Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Rebah, Meninggal Dunia Ketika...

TETAMU pada majlis penyampaian anugerah ejen pelancongan telah dikejutkan dengan kejadian seorang ahli...

Banjir Lumpur: Penduduk Mesilo...

KOTA KINABALU - Angin kencang dan hujan lebat sejak semalam menyebabkan 100 orang...

Pekin Ibrahim Tiada Pengganti...

PETALING JAYA - Pelakon Pekin Ibrahim memberitahu dia masih belum bersedia untuk menjalinkan...

Selepas 22 Tahun Dipertemukan...

Zou Qixiu, 50, tidak dapat menahan rasa sebak sebaik sahaja dia dipertemukan semula...

Bakal Suami Restu Karier Seni Siti Saleha

UNTUNG menjadi aktres Siti Saleha kerana mendapat bakal suami yang menyokong penuh aktiviti seninya.

Setelah lima bulan melayari tempoh pertunangan, hubungan Saleha, 27, dan tunangnya, Lutfi Azhar, 31, masih bahagia dan tidak mengalami sebarang masalah sebagaimana kepercayaan orang tua-tua mereka yang bertunang  sedang ‘berdarah manis’ dan pasti berdepan dugaan.

Kata Saleha, hubungan mereka masih berjalan seperti biasa dan saling bertoleransi.

“Alhamdulillah, hubungan kami baik-baik saja dan selepas berkahwin dia tidak menghalang jika saya mahu terus berlakon.

Namun, sebagai isteri saya mengambil inisiatif untuk lebih selektif menerima tawaran kerana mahu meluangkan lebih masa bersama suami,” kata pelakon drama Nora Elena ini.

Siti Saleha dan tunangnya Lutfi Azhar, bakal melangsungkan perkahwinan pada 28 Julai ini.

Saleha mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan pada 28 Julai depan selepas solat Asar di satu lokasi yang masih dirahsiakan.

“Saya sudah dapat lokasi untuk majlis resepsi yang akan diadakan pada 29 Julai ini. Namun, buat masa ini saya rahsiakan dulu lokasi pernikahan dan persandingan.


“Majlis pihak lelaki pula akan diadakan pada minggu berikutnya. Kami memang merancang buat semua majlis pada tarikh yang dekat untuk memudahkan saudara-mara jauh datang meraikannya. Apatah lagi keluarga saya menetap di luar negara,” katanya.

Menurut Saleha lagi, segala urusan majlis perkahwinannya yang bertemakan tradisional dan moden itu diserahkan kepada syarikat pengurusan acara yang dilantik.

Saleha dan Lutfi yang juga seorang pegawai kerajaan bertunang pada majlis tertutup di kediaman keluarganya di Bandar Puteri, Klang, Selangor pada 26 November lalu. Pasangan itu mulai menjalin hubungan yang lebih serius sejak setahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori