• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahas RUU 355 Disambung Persidangan 24 Julai

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat sesi terakhir hari ini berakhir dengan suasana kecoh dan gamat apabila beberapa ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan buat kecoh lagi.

Menurut portal AgendaDaily, ia berlaku jam 4 petang apabila Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan untuk menyambung perbahasan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah pada 24 Julai nanti.

Perkara itu kemudian mencetuskan protes dalam kalangan Ahli Parlimen DAP, PKR dan PAN yang mendesak beliau agar mereka turut dibenarkan membahaskan usul persendirian dibawa Datuk Seri Haji Hadi Awang pada sidang ini.

Terdahulu Ahli Parlimen PAS Marang itu pada pukul 12.37 tengah hari membentangkan usul berkenaan setelah setengah jam tertangguh gara-gara cubaan ahli-ahli Parlimen dari DAP dan PKR yang cuba menyekatnya.

Beliau membentangnya selama 22 minit sebelum sidang ditangguhkan untuk waktu rehat. Usul yang dirujuk ramai pihak sebagai RUU 355 itu bertujuan memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah terutama pindaan hukuman.

Apabila sidang disambung semula pukul 2.30 petang, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung PAS telah menyampaikan perbahasan dengan menyokong usul dibawa Abdul Hadi itu.

Semasa perbahasan tersebut selama sejam setengah, beliau memberi penjelasan lanjut serta hujah-hujah mengenai keperluan meminda RUU 355 manakala sebilangan Ahli Parlimen UMNO telah mencelah sebagai tanda menyokong.

Wakil UMNO itu ialah dari Bagan Serai, Jerantut, Setiu, Lenggong, Kota Tinggi, Sikijang, Gerik dan Rompin. Setelah Takiyuddin menamatkan perbahasan, Pandikar membuat pengumuman menangguhkan sidang Dewan Rakyat.

Justeru perbahasan RUU 355 akan sambung kembali pada sesi persidangan akan datang iaitu dari 24 Julai hingga 10 Ogos. Sebelum keputusan itu diumum, Pandikar mendengar penjelasan daripada Abdul Hadi dan Takiyuddin.

Beliau kemudian dilaporkan sebagai benar-benar sudah memahami isu mengenai RUU 355 sehingga memerlukan pindaan terhadap beberapa perkara terutama hukuman sabitan kesalahan dan pesalah bukan Islam tidak terlibat.

Peliknya antara yang paling kuat memekak sebagai membantah keputusan Pandikar semasa penangguhan sidang itu ialah Khalid Samad (PAN – Shah Alam) dan Rafizi Ramli (PKR – Pandan). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Abdul Hadi AwangRUU 355
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Sudah Berkorban…Kini Masa Rakyat Pula Lakukan Yang Sama

Pemimpin Sudah Berkorban…Kini Masa Rakyat Pula Lakukan Yang Sama

19/07/2026
0

Oleh Mynewshub  PARA pemimpin kita telah berkorban dengan masing-masing mengurangkan jumlah kerusi DUN yang ditandingi parti masing-masing di Pilihan Raya...

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

Hadi Dakwa PH Sebar Islamofobia, Seru Perpaduan Melayu Islam

16/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP, menggunakan sentimen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd