• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Nafi Terlibat Proses Rundingan UniKL, PMB, TRW

oleh Ahmad Albab
26/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa berkata beliau tidak terlibat dalam rundingan pembelian pakej komersial membabitkan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pelaburan Mara Bhd (PMB) dengan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

Annuar, yang dinasihatkan bercuti sebagai Pengerusi Mara dan PMB sejak Januari lepas berkata keputusan pembelian pakej komersial sebanyak RM500,000 oleh UniKL dan RM200,000 oleh PMB dibuat di peringkat pentadbiran tanpa merujuk kepadanya.

“Proses rundingan dijalankan secara komersial tanpa melibatkan saya. Saya tidak pernah mengarah sesiapa pun untuk menggunakan dana tersebut. Dakwaan saya paksa guna duit dana pendidikan Mara untuk bantu pasukan bola Kelantan, itu fitnah totok,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan berhubung beberapa isu agensi berkenaan kepada Audit Dalaman Mara, di Ibu Pejabat Mara, di sini hari ini.

Beliau berkata sesi memberi keterangan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Mara, Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin itu bermula pada 11 pagi dan berlangsung selama satu jam.

Katanya, malahan nilai pakej komersial terhadap TRW yang dibeli oleh UniKL dan PMB jauh lebih rendah berbanding nilai yang dikenakan terhadap syarikat lain.

Annuar berkata melalui rundingan komersil itu, UniKL mendapat kelebihan untuk meletakkan logo TRW pada jersi universiti itu dan PMB mendapat kelebihan untuk meletakkan logo syarikat itu pada jersi pemain TRW, yang mana kedua-dua anak syarikat Mara itu diberi diskaun yang tinggi.

“Pakej yang diambil UniKL bernilai RM1 juta tetapi mereka hanya dikenakan RM500,000 sahaja, manakala nilai RM200,000 yang dikenakan kepada PMB sama dengan dua kali iklan di surat khabar. Tetapi budak-budak saya (pemain TRW) loncat setahun bawa logo PMB… jadi anak syarikat Mara dapat ‘the best deal’,” katanya.

Dalam pada itu Annuar melahirkan rasa sukacitanya dipanggil untuk memberi keterangan mengenai isu tersebut kepada pihak Audit Dalaman Mara, wakil Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), wakil Majlis Mara, dan wakil Kementerian Kewangan, hari ini.

Katanya itu merupakan kali pertama beliau dipanggil untuk memberi keterangan oleh Audit Dalaman Mara sejak direhatkan daripada perkhidmatan tiga bulan lepas.

Sebagai pengerusi Mara katanya, beliau tidak akan berkompromi dalam soal intergriti dan akan bersikap telus kepada rakyat.

“Saya berpendirian tidak ada nak simpan apa-apa. Sebab saya sedar sebagai Pengerusi Mara, ia adalah satu jawatan yang harus memegang bertanggungjawab, saya menerima tanggungjawab sepenuhnya, termasuk kalau saya (didapati) salah, saya salah lah,” kata Annuar.

Pada 31 Jan lepas, Mara menggantung tugas anggota Parlimen Ketereh itu sebagai
Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan audit dalaman agensi itu menyiasat isu penajaan PMB dan UniKL untuk pasukan TRW.

Pada 3 Feb lepas, Annuar memberi maklumat bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa sebagai pengerusi Mara. – BERNAMA

Tags: Annuar Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd