• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aiman Layak Dapat Bayaran Tinggi Kerana Populariti

oleh Ahmad Albab
29/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONTROVERSI penyanyi lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino yang dikatakan mengenakan bayaran tinggi dalam persembahannya menimbulkan rasa kurang senang pihak pengurusannya.

Menurut pengurus Aries Music, Mahadhir Mohamad, Aiman Tino layak menerima bayaran yang tinggi kerana popularitinya, nilai komersial dan permintaan yang tinggi terhadapnya.

“Kami meletakkan kadar bayaran mengikut kemampuan penganjur, di mana salahnya?

“Perkiraan yang kami buat berdasarkan kaedah ekonomi iaitu selagi ada demand (permintaan), selagi itulah wujudnya supply (penawaran).

“Pada masa ini jadual Aiman sangat padat. Setiap minggu ada sahaja program yang perlu dihadirinya. Ini menunjukkan dia mempunyai nilai untuk mendapat bayaran yang tinggi,” katanya kepada mStar Online.

Terdapat juga dakwaan yang menyatakan Aiman Tino meletakkan bayaran sehingga mencecah RM12,000 bagi persembahan di Semenanjung dan RM14,000 jika perlu membuat persembahan di Sabah atau Sarawak.

Bagaimanapun, kadar bayaran itu didakwa bertentangan dengan apa dikatakan bapa Aiman, Yusri Ishak bahawa mereka tidak meletakkan kadar tinggi dan sanggup menerima serendah RM1,500 untuk sesebuah persembahan.

Dalam pada itu jelas Mahadhir, penentuan harga tidak dibuat secara tetap, malahan sebaliknya berdasarkan kepada beberapa pertimbangan tertentu.

“Yang paling penting kami perlu jaga tahap kesihatan Aiman sendiri. Semua jadual Aiman disusun mengikut kemampuan dirinya sendiri.

“Selain itu kami juga buat pertimbangan mengikut budi bicara. Aiman juga hadir ke majlis yang hanya diberi token RM1,000 hingga RM2,000.

“Tapi takkan pula harga sama perlu diletakkan bagi syarikat korporat yang jemput buat persembahan majlis makan malam? Tak logik dan pada masa sama ia seperti merosakkan harga pasaran,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aiman tinopenyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd