• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Bersalah

oleh Ahmad Albab
22/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly mungkin berdepan tindakan disiplin oleh PKR jika terbukti bersalah bagi enam pertuduhan berkaitan rasuah.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata pimpinan parti itu tidak akan berkompromi dengan isu yang membabitkan kes rasuah kerana agenda parti adalah berpegang teguh kepada integriti, telus dan akauntabiliti.

“Jawatankuasa Disiplin PKR akan mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota parti yang didapati bersalah melanggar undang-undang terutamanya kes rasuah.

“Sudah tentu, kita mahu sesiapa sahaja yang didakwa diberi layanan saksama namun, jika didapati bersalah parti akan menjunjung (keputusan mahkamah) kerana agenda integriti, ketelusan dan akauntabiliti adalah utama bagi parti.

“Sesiapa sahaja yang didapati bersalah melanggar undang-undang Malaysia termasuk yang membabitkan kes rasuah sudah tentu akan diadili oleh jawatankuasa disiplin parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Keadilan Terengganu 2017 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail.

Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Adam, yang juga ahli perniagaan, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dua hari lepas.

Tertuduh berdepan enam pertuduhan termasuk memberi pernyataan dan dokumen palsu dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian banglo mewah di Ampang.

Mengulas kedudukan Adam sebagai sebagai Ketua AMK Ampang, Nurul Izzah berkata perkara itu sudah dibincangkan di peringkat AMK tetapi ia akan dibincang dengan lebih lanjut di peringkat pusat tidak lama lagi. – BERNAMA

Tags: Adam RoslyPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd