• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Tali Barut Kuasa Asing Mahu Ubah Politik Malaysia

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan terdapat pihak tertentu dalam negara menjadi tali barut kuasa asing untuk mengubah landskap politik negara ini supaya sejajar dengan ideologi barat.

Katanya, pihak tersebut adalah pihak yang sama membantah keras usaha memperkasakan peranan Mahkamah Syariah melalui pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) di Parlimen baru-baru ini.

“Pihak yang tidak bersetuju dengan RUU 355 PAS berunding dengan negara luar untuk mengubah politik Malaysia. Kita boleh berunding dengan UMNO untuk Islam, dia berunding dengan negara dan kedutaan asing.

“Kita berunding dengan UMNO saja, sama-sama Melayu Islam, Politik Malaysia biar orang Malaysia yang buat perubahan. Tak perlu jemput Amerika, negara asing mari. Berunding dengan negara asing untuk merubah politik Malaysia,” katanya dalam satu ceramah semalam seperti dilaporkan sebuah portal berita hari ini.

PAS baru-baru ini membentangkan RUU 355 di Parlimen yang bertujuan meminda akta bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah termasuk meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas umat Islam yang berzina dan minum arak.

Perbahasan RUU 355 yang sepatutnya diadakan selepas pembentangannya terpaksa ditangguhkan pada sesi akan datang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat ekoran provokasi melampau Ahli Parlimen Pakatan Harapan dalam membantah RUU 355.

Parti sekular DAP yang mengetuai Pakatan Harapan pernah mendakwa RUU 355 merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud yang zalim, kuno dan tidak bertamadun di negara ini.

Anggota parti Pakatan Harapan, PKR dan PAN pula mendakwa RUU 355 tidak boleh dibenarkan kerana ia mengelirukan dan menimbulkan keresahan umat bukan Islam.

Perkembangan itu menyaksikan Pakatan Harapan dikecam sebilangan besar umat Islam negara ini menyebabkan bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba membuat pusingan U beliau menyokong RUU 355 untuk menyelamatkan partinya.

Abdul Hadi dalam pada itu mendedahkan bahawa DAP sebenarnya adalah “butir tahi” PAP Singapura kerana DAP pada asalnya adalah PAP sebelum Singapura keluar daripada Malaysia.

Kata beliau, PAS mendapat maklumat, ada “ejen asing” di belakang penentang RUU 355 itu, khususnya kumpulan mubaligh yang ingin mengembangkan agama mereka di negara ini.

Anggota parlimen Marang itu juga mendakwa, penentang usul itu juga bimbang jika syariat Islam dilaksanakan, orang bukan Islam akan melihat kebaikan hukum Islam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PASpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd