• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

93% Wanita Terima Bantuan NCWO Alami Kemurungan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 93 peratus wanita yang menerima bantuan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) dilaporkan mengalami masalah kemurungan, kata Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata kes kemurungan masyarakat kerap membabitkan wanita namun, ia kurang dibincangkan secara terbuka atas faktor stigma.

“Budaya di negara kita adalah tidak membincangkan masalah secara terbuka. Mereka takut, bimbang dan tidak berani meluahkan perkara yang mengganggu fikiran…situasi ini akan meningkatkan kemurungan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan video kempen kesihatan mental “Kemurungan: Mari Bincang” anjuran Puteri UMNO di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Video berdurasi 2.35 minit itu bertujuan mendidik dan meningkatkan kefahaman golongan wanita mengenai kemurungan, puncanya serta akibat yang mungkin terjadi daripada gejala itu.

Mas Ermieyati, yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, berkata kempen itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu kesihatan global semasa sempena Hari Kesihatan Sedunia yang disambut pada setiap 7 April bagi memperingati penubuhan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Mari jadikan budaya meluahkan perasaan sebagai cara menjalani hidup sihat. Menerusi kempen ini, sesiapa sahaja boleh memuat naik video atau berkongsi video mengenai kemurungan dan cara mengatasinya di Facebook dan Twitter rasmi Puterim UMNO,” katanya.

Sementara itu, Exco Kesihatan Puteri UMNO, Dr. Nur Faizah Ali berkata semua klinik kerajaan di seluruh negara turut menawarkan khidmat pemeriksaan tahap kemurungan kepada orang ramai.

“Semua doktor di seluruh negara boleh mendiagnosis simptom awal kemurungan dan pesakit akan dirujuk kepada pakar sekiranya perlu. Justeru, orang ramai boleh mula menggunakan kemudahan perkhidmatan itu,” katanya.

Orang ramai turut diundang menghadiri Seminar Kemurungan: Mari Bincang anjuran Kementerian Kesihatan di Pusat Konvensyen Sunway pada 21 hingga 23 April ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Mas Ermieyati SamsudinNCWOUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd