• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

93.7% Fasa 1 Projek Sungai Nadi Kehidupan Siap

oleh Ahmad Albab
05/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Fasa 1 projek Sungai Nadi Kehidupan (ROL) yang meliputi kawasan sungai sekitar Masjid Jamek hingga Daya Bumi di sini kini telah 93.7 peratus siap, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pelaksanaan projek itu yang tersenarai dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur Klang Valley merupakan usaha mentransformasi Sungai Gombak dan Sungai Klang kepada kawasan dinamik dengan nilai ekonomi yang tinggi.

“Objektif utama ROL adalah untuk mencapai kualiti air sungai kelas dua menjelang 2020, meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat.

“Ia juga bertujuan membangunkan tanah-tanah kerajaan di sekitar kawasan projek untuk mendapatkan jangkaan pulangan kepada kerajaan sebanyak RM4 bilion,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Tan Kee Kwong (PKR-Wangsa Maju) mengenai status projek itu.

93.7% Fasa 1 Projek Sungai Nadi Kehidupan Siap

Tengku Adnan berkata projek ROL yang dilaksanakan mulai 2011 mencakupi tiga komponen iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah. Ia dijangka siap pada 2020.

Kepada soalan tambahan Tan mengenai penggunaan khidmat konsultan luar bagi menyiapkan projek ROL, Tengku Adnan berkata ia berdasarkan kejayaan usaha menaik taraf dan memberi nafas baharu kepada beberapa sungai di luar negara termasuk di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, katanya, sesetengah projek seperti Kolam Biru di hadapan Masjid Jamek Kuala Lumpur dilaksana secara reka dan bina melibatkan warga tempatan dan penjawat awam dalam kementerian yang turut serta memberi pandangan berkaitan pelaksanaannya.

Tengku Adnan turut menjawab soalan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan) mengenai faktor yang menyumbang kepada kedudukan Kuala Lumpur sebagai antara bandar terbaik di dunia.

Menurutnya, selain memastikan keindahan alam sekitar, inisiatif lain yang dibuat adalah melaksanakan pelbagai program khususnya untuk mengurangkan pencemaran udara di ibu negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansorsungai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi sungai Bandar Sunway

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi sungai Bandar Sunway

01/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki ditemui di tepi sungai berhampiran sebuah kolej swasta di Bandar Sunway, malam tadi. Mayat yang hanya...

Mayat Ditemukan Dalam Bungkusan Di Sungai, Disyaki Dibunuh

Mayat Ditemukan Dalam Bungkusan Di Sungai, Disyaki Dibunuh

13/09/2025
0

Ipoh: Polis mengklasifikasikan penemuan mayat dalam bungkusan di tepi sungai berhampiran tanah perkuburan Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd