• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

825 Pelajar Sekolah Direkod Positif Dadah

oleh AK-47
18/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Seramai 825 daripada 23,583 pelajar sekolah menengah di seluruh negara yang menjalani ujian saringan air kencing, didapati positif dadah dalam tempoh suku pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata terdapat juga pelajar yang positif dadah itu bertindak sebagai pengedar dadah.

“Sekarang, terdapat juga pelajar yang terlibat dalam penagihan dadah mengedar dan sememangnya kita ambil tindakan tegas melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (ADDK), yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan membanteras gejala dadah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang AADK 2016, di sini hari ini.

Nur Jazlan, yang juga Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), berkata AADK memerlukan kerjasama daripada pelbagai agensi dan Kementerian Pendidikan untuk menangani masalah penagihan dadah dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata AADK, yang sebelum ini memberi fokus kepada aktiviti meningkatkan tahap kesedaran dan pendidikan tentang bahaya dadah, kini sedang dalam proses memperkasakan aktiviti penguatkuasaan memerangi penyalahgunaan dadah.

Katanya AADK juga sudah memohon peruntukan untuk mempunyai pelbagai kemudahan seperti lokap dan kuasa untuk membolehkan agensi itu menjalankan penguatkuasaan lebih efektif bagi menangani gejala dadah. – BERNAMA

Tags: dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd