• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Suspek Daesh Serang Balai Polis Ditembak Mati

oleh
09/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Polis Indonesia berjaya menembak mati enam suspek anggota militan Daesh dalam satu kejadian tembak menembak di wilayah Jawa Timur semalam, kata seorang jurucakap polis hari ini.

Menurut jurucakap polis wilayah tersebut, Frans Barung Mangera, insiden bermula apabila sekumpulan tujuh lelaki memandu kenderaan ke sebuah balai polis pada Sabtu dan terus melepaskan tembakan rambang ke arah petugas.

Tiada orang cedera di balai tersebut tetapi susulan serangan itu, pihak polis bergegas mengejar mereka yang menaiki kereta sebelum suspek meninggalkan kenderaan di sebuah desa di Tuban, tidak jauh dari bandar Surabaya.

Media tempatan melaporkan, kumpulan militan itu kemudian cuba melarikan diri ke sebuah kawasan pertanian berhampiran selepas dikejar pihak polis kira-kira jam 5 petang waktu Indonesia Barat (6 petang waktu Malaysia).

“Apabila polis memeriksa kawasan itu, satu das tembakan kedengaran. Kemudian, kejadian berbalas tembakan pula berlaku. Enam daripada kumpulan lelaki itu ditembak mati,” kata jurucakap polis kebangsaan Indonesia, Rikwanto.

Seorang lagi anggota kumpulan itu yang masih hidup berjaya dicekup. Polis Indonesia mendakwa penyerang itu adalah sebahagian daripada anggota rangkaian Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang ada kaitan dengan Daesh.

Sebuah peti mengandungi sejumlah peluru 9mm ditemui di dalam kenderaan itu. Polis percaya ia sebagai balas dendam kerana Jumaat sebelumnya, tiga suspek JAD ditahan dengan senjata M16 yang diseludup dari Filipina.

Kumpulan pengganas tempatan berkenaan didakwa sebagai bertanggungjawab bagi siri serangan nekad di sekitar Indonesia baru-baru ini termasuk satu serangan di Jakarta pada Januari lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DaeshIndonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd