Sample Page Title

KOTA BHARU – Siasatan polis mendapati terdapat enam kesan tikaman pada bahagian belakang badan seorang warga emas yang mati dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Mengkebang, Kuala Krai semalam.

Rokiah Mamat, 61, ditemui di bahagian dapur rumahnya selepas dipercayai ditikam oleh penjenayah dalam kejadian bermotifkan samun kira-kira 3.30 petang di Kampung Mengkebang.

Susulan kejadian itu, polis Kelantan menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan termasuk mengambil dan mengenal pasti bukti fizikal di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad berkata polis menahan empat lelaki berusia di antara 30 dan 40 tahun bagi membantu siasatan kes itu.

“Kesemua lelaki terbabit ditahan mulai 10 malam hingga 4 pagi tadi di lokasi berasingan di Kuala Krai,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Baharom Abu kepada penggantinya, ACP Ismail Mat Sidik di sini, hari ini.

Din berkata polis percaya perbuatan itu dilakukan oleh lebih daripada seorang individu dan penjenayah memasuki rumah melalui pintu dapur rumah mangsa.


“Polis percaya penjenayah cuba melakukan samun namun, wanita itu mungkin melawan menyebabkan dia dibunuh.

“Setakat ini, siasatan mendapati mangsa kerugian RM200 sahaja kerana penjenayah mungkin tidak menjumpai barang kemas di dalam rumahnya.

“Apa yang kita ketahui, mangsa tinggal bersama anak dan menantunya yang juga guru. Ketika kejadian, hanya mangsa yang berada dalam rumah itu,” katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

JDT Kelab Pertama Jalin Kerjasama Dengan Socios.com

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama...

Ibu Bimbang, Anak Empat Hari Tidak Pulang Ke Rumah

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima...

Kertas Siasatan Kes Pukul Anak Tiri Diserah Ke Bukit Aman

IPOH: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar...

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Berkaitan Kes Cubaan Culik Murid

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan menculik...

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena...

Tawar Ganjaran Lumayan AS$2 Juta Untuk Tahan Rakyat Malaysia Lolos

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kerja didakwa menjanjikan ganjaran lumayan AS$2 juta (RM9.1 juta) bagi...

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk membeli...