Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Makkah: Belum Pulang Tapi...

BENAR kata mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, perasaan rindu...

Bekas Pemimpin UMNO Jangan...

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, mempersoalkan...

Kes Bafia: Rafizi Ramli...

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dijatuhi...

Mahkamah Rayuan Akan Putuskan...

PUTRAJAYA - Kes rayuan Kementerian Dalam Negeri untuk mengetepikan satu perintah supaya kementerian...

5 Lelaki Termasuk 3 Pelajar Ditahan Pecah Masuk Rumah

JOHOR BAHRU – Lima lelaki termasuk tiga pelajar sekolah ditahan selepas dipercayai memecah masuk sebuah rumah di Perumahan Rakyat Prima, Gelang Patah, di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Noor Hashim Mohamad berkata dua daripada mereka ditahan oleh mangsa manakala tiga yang lain ditahan polis susulan daripada itu.

“Terdahulu, Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri telah menerima panggilan telefon daripada mangsa iaitu seorang wanita berumur 30 tahun pada kira-kira 9.18 malam, 2 April lepas yang memaklumkan rumahnya dimasuki pencuri.

“Wanita terbabit yang merupakan seorang eksekutif mendapati pintu gril rumahnya terbuka, kunci mangga berada di atas lantai manakala pintu utama dalam keadaan tertutup dan tidak berkunci ketika dia pulang ke rumah itu, pada 9 malam, hari yang sama,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata wanita terbabit kemudian terus ke bahagian dapur dan mendapati terdapat dua budak lelaki lalu memanggil suaminya sekali gus menahan kedua-dua mereka.

Noor Hashim berkata susulan daripada penahanan kedua-dua suspek dan bertindak atas laporan mangsa, polis kemudian menjalankan siasatan di sekitar perumahan tersebut dan berjaya menahan tiga lagi lelaki lain, kira-kira 10.15 malam, hari sama.


Katanya, polis turut merampas barang kes daripada mereka iaitu satu beg kecil dan wang tunai RM600.

Menurut Noor Hashim, hasil siasatan awal, kelima-lima mereka yang berumur 14 hingga 18 tahun itu mengaku terlibat dalam kes pecah rumah berkenaan.

Saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah dan kesemuanya yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

Kategori