• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Remaja Ditahan Terlibat Aktiviti Basikal Lajak

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan tiga remaja lelaki kerana terlibat dalam aktiviti basikal lajak atau yang diubah suai di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd Taib Ahmad berkata ketiga-tiga remaja berusia 14 tahun itu ditahan ketika sedang berbasikal pada pukul 12 tengah hari oleh anggota polis yang melakukan rondaan di Jalan Hang Jebat 1, perumahan berkenaan.

“Polis kemudian menyita basikal mereka mengikut Seksyen 112 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mengeluarkan saman di bawah Peraturan 42 (1) LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 kerana mengubah suai basikal,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Taib berkata polis turut memberikan nasihat kepada ibu bapa dan penjaga semua remaja yang berasal dari Skudai itu untuk memantau pergerakan anak-anak mereka.

Beliau berkata pihaknya kesal dengan remaja yang masih berdegil untuk terlibat dalam aktiviti basikal lajak itu.

Sehubungan itu, pihaknya meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mendapati aktiviti tersebut berlaku di kawasan masing-masing demi keselamatan semua pihak.

“Pada ketika ini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara mengadakan operasi khas serta pemantauan terhadap aktiviti basikal yang diubah suai bagi memastikan perkara ini dapat dibendung,” katanya. – BERNAMA

Tags: basikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd