• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rentung, Seorang Cedera Kereta Rempuh Kotak TM

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Seorang lelaki dan wanita rentung manakala seorang lagi cedera apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas merempuh kotak Telekom Malaysia (TM) di Batu 7 1/2 Jalan Bakri-Muar di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa yang maut adalah pemandu kereta yang dikenali sebagai Jakson, 55, dan seorang wanita, Chan Choon Siang, 35.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika kereta yang dinaiki mereka yang menghala ke Bakri dari arah Air Hitam hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh kotak TM sebelum terbakar.

“Orang ramai yang berada di tempat kejadian menghubungi polis serta bomba bagi memadamkan api. Namun, apabila tiba api sudah marak dengan pemandu dan penumpang belakang rentung dalam kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, penumpang bahagian hadapan yang selamat, Lyette Lim, 44, kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar kerana patah bahu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalanganrentung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd