• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Budak Maut Jentera Pembajak Terbalik Di Sungai

oleh AK-47
04/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Dua kanak-kanak perempuan berumur 7 dan 10 tahun lemas apabila traktor mini yang mereka naiki terbalik dan menimpa mereka ketika sedang mendaki tebing Sungai Besut dekat Kampung Cegar Malok, Hulu Besut petang tadi.

Mereka yang maut dikenali sebagai Nor Aimy Dania Azman, 7, dan Rabiatul Adawiyah Sayuti, 10, yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung La, Hulu Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata kejadian tersebut berlaku apabila kedua-dua mangsa tersebut dan seorang kakak salah seorang mangsa menumpang naik traktor mini yang dipandu oleh seorang lelaki di tepi tebing Sungai Besut dekat Kampung Cegar Malok.

2 Budak Maut Jentera Pembajak Terbalik Di Sungai

“Ketika traktor itu cuba menaiki sebuah tebing tiba-tiba ia hilang kawalan dan mengundur ke belakang ke arah sungai,” katanya kepada media di sini lewat petang tadi.

Menurutnya, ketiga tiga pelajar yang duduk di bahagian tempat duduk belakang traktor tersebut tercampak ke dalam sungai bersama traktor berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku jam 5.30 petang itu, mangsa pertama, Nor Aimy Dania dikatakan lemas kerana tersangkut pada alat pembajak di dalam air manakala Rabiatul Adawiah lemas akibat ditindih trektor mini yang terbalik itu.

Nor Aimy Dania meninggal dunia di tempat kejadian manakala Rabiatul Adawiyah pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Besut.

Mayat kedua-dua mangsa kini berada di Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat.

“Pemandu traktor berkenaan dan seorang lagi pelajar perempuan berumur 10 tahun yang juga kakak kepada Nor Aimy Dania berjaya diselamatkan dalam insiden tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jentera Pembajakmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd