• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Penagih Termasuk 2 Pengedar Dadah Ditahan

oleh Ahmad Albab
27/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Polis menahan 18 penagih dadah termasuk dua lelaki disyaki pengedar serta merampas 59.78 gram pelbagai jenis dadah dalam sebuah operasi di sebuah pondok di dalam kebun pisang, di Kampung Nyior di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam serbuan yang bermula pada 8 pagi dan berakhir pada 2 petang semalam itu, kesemua penagih dadah yang berumur antara 20 dan 40 tahun itu dipercayai sedang gian menagih di pondok berkenaan yang terlindung di belakang sebuah rumah kosong.

“Seorang suspek dipercayai pengedar dadah berumur 34 tahun ditemui dengan bersama dua paket plastik dan 28 keratan tiub straw berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 38.34 gram, manakala seorang lagi suspek pengedar berusia 44 tahun dijumpai bersama 47 tiub straw berisi bahan disyaki dadah heroin seberat 17.98 gram,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati seorang daripadanya mempunyai rekod lampau atas kesalahan penggunaan dadah dan mereka kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar dadah.

Mohamad Zainal berkata seorang daripada penagih dadah itu ditemui dengan empat paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 3.46 gram dan ditahan mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif pelbagai jenis dadah termasuk Morphine dan Methamphetamine manakala 15 lagi penagih dadah yang kesemuanya lelaki itu, kini ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) ADB,” katanya. – BERNAMA

Tags: Penagih Dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd