• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,142 Permohonan RMR1M Di Perlis Diluluskan

oleh Ahmad Albab
03/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Sebanyak 1,142 permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di Perlis khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah kediaman, diluluskan sejak program itu dilancarkan pada 2002.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Wan Omar Wan Ab Ghani, daripada jumlah itu sebanyak 877 telah siap dibina manakala 265 buah masih dalam pembinaan.

Katanya bagi Parlimen Kangar sahaja sebanyak 191 RMR1M telah siap dibina manakala 50 buah lagi dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Wan Omar ditemui selepas penyerahan Sijil Kelayakan Menduduki dan Inden Kerja RMR1M kepada 39 kontraktor dan pemilik rumah bagi Parlimen Kangar oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man di sini, hari ini.

Beliau berkata di bawah program itu, SPNB membina rumah satu tingkat berkeluasan 1,000 kaki persegi (92 meter persegi) berharga RM65,000 termasuk subsidi kerajaan sebanyak RM20,000.

“Pemohon mestilah berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan. Mereka tidak perlu mengeluarkan wang pendahuluan dan yuran guaman. Bayaran balik cuma RM270 sebulan selama 20 tahun,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: RMR1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kadar Siap RMR1M Kedah Ke-4 Tertinggi Di Malaysia

20/04/2018
0

KULIM - Kedah kini berada pada kedudukan keempat jumlah penyiapan Rumah Rakyat 1Malaysia (RMR1M) tertinggi di seluruh negara selepas Kelantan,...

Subsidi RBR1M Di Kelantan Sebanyak RM141.9 Juta

30/03/2018
0

PASIR PUTEH - Seramai 7,155 pemilik Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di negeri ini menikmati subsidi kerajaan persekutuan berjumlah RM141.9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd