• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Pelajar MRSM Taiping Hidap Penyakit Tibi

oleh AK-47
19/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Seramai 11 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping dikesan menghidap penyakit tibi sejak Jun tahun lepas hingga bulan ini, kata Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baru negeri itu berkata daripada jumlah itu, lapan orang adalah pelajar lelaki manakala selebihnya pelajar perempuan dan kesemuanya berumur 17 tahun.

Katanya kes pertama dikesan pada Jun tahun lepas membabitkan seorang pelajar lelaki yang mempunyai simptom batuk berdarah sebelum disahkan menghidap penyakit tibi dua bulan kemudian.

“Pelajar berkenaan sudah pulih selepas menjalani rawatan manakala 10 lagi masih dalam rawatan sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke MRSM di sini hari ini.

Katanya, ia merupakan kes tibi yang pertama dikesan di MRSM Taiping, namun masih terkawal dan pihaknya sedang mengenal pasti punca sebenar penyakit itu.

Menurut Dr. Mah, pihaknya telah memeriksa kesihatan anggota keluarga mangsa dan hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak menghidap penyakit tibi.

Sehubungan itu, beliau berkata langkah pencegahan sedang dilakukan di asrama sekolah berkenaan bagi memastikan keadaan persekitaran bersih dan pengudaraannya baik serta mencukupi.

“Ibu bapa juga dinasihatkan agar membawa anak mereka mendapatkan suntikan imunisasi ketika kecil kerana sebanyak 50 kes di Perak dikesan tidak mendapat suntikan itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mah berkata sebanyak 453 kes tibi membabitkan 14 kematian dilaporkan di Perak bagi tempoh Januari hingga April tahun ini manakala 1,666 kes dengan 69 kematian dilaporkan tahun lepas sementara 1,657 kes dengan 64 kematian pada 2015. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Mah Hang SoonPenyakit Tibi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perak Rekod 10 Kematian Akibat Denggi Sejak Januari

30/09/2017
0

IPOH - Sepuluh kes kematian akibat denggi direkodkan di Perak setakat 23 Sept tahun ini berbanding sembilan kes dalam tempoh...

21 Kes Keracunan Makanan Sejak Januari – September

28/09/2017
0

IPOH - Sebanyak 21 kes keracunan makanan dilaporkan di Perak dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata seorang anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd