• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Rekod 10 Kematian Akibat Denggi Sejak Januari

oleh AK-47
30/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sepuluh kes kematian akibat denggi direkodkan di Perak setakat 23 Sept tahun ini berbanding sembilan kes dalam tempoh sama tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional Datuk Dr Mah Hang Soon.

Beliau berkata kesemua kes kematian itu melibatkan orang dewasa dengan empat daripadanya berlaku di daerah Kinta, Kuala Kangsar (dua), Larut, Matang dan Selama (dua) serta masing-masing satu di Kampar dan Kerian.

“Sehingga 23 Sept 2017, jumlah kumulatif kes denggi adalah 4,793 meningkat sebanyak 67.4 peratus atau 1,930 kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 2,863,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, pagi tadi satu operasi pencegahan denggi dilakukan di kawasan Tasek di sini yang diketuai oleh Pejabat Kesihatan Kinta.

Menurut Anggota Majlis Bandaraya Ipoh, Aldrich Low Guo Nan wabak denggi tidak terkawal melanda kawasan berkenaan apabila dalam tempoh tiga minggu bulan ini, sebanyak 19 kes dilaporkan berlaku termasuk 12 daripadanya melibatkan pekerja warga asing.

“Pada operasi hari ini, sebanyak 50 asrama (pekerja warga asing) serta 498 bekas diperiksa serta dua notis dikeluarkan pihak Pejabat Kesihatan Kinta mengikut Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1976 yang mana mereka diberi masa 14 hari untuk membersihkan kawasan premis dan lokasi penularan wabak,” katanya.

Dalam operasi hari ini, seramai 20 pegawai pejabat kesihatan memeriksa penempatan lebih 300 pekerja warga asing di tiga kawasan asrama berbeza.

Tambah Low, masyarakat perlu mengambil serius perkara itu kerana nyamuk aedes boleh bertelur sehingga 1,500 biji sebulan dan kitaran hidupnya daripada telur menjadi nyamuk dewasa hanya mengambil masa selama tujuh hari. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Mah Hang Soondenggi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Lori Maut Rempuh Belakang Treler

Next Post

Nangka Gergasi Janji Hasil Lumayan Kepada Petani

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

Next Post

Nangka Gergasi Janji Hasil Lumayan Kepada Petani

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd