• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Anggota TLDM Diberhentikan Akibat Dadah

oleh AK-47
08/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat rendah diberhentikan daripada perkhidmatan selepas didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada tahun lepas.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata keputusan pemberhentian itu dibuat semalam selepas proses perbicaraan secara berperingkat terhadap anggota terlibat.

“Kebanyakan anggota itu telah berkahwin dan mempunyai anak, ditangkap selepas pihak kami membuat ujian saringan air kencing secara rawak di semua markas perkhidmatan TLDM.

“Siasatan mendapati ada antara mereka telah mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah sejak sebelum mereka berkhidmat dalam TLDM,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pemakaian Pangkat TLDM di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Kamarulzaman berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperketat prosedur pengambilan anggota dan pegawai tentera dengan melakukan saringan lebih teliti bagi mengelak pengambilan anggota yang terlibat dengan dadah.

“Sebelum ini memang kita ada membuat saringan namun masih ada yang masih terlepas… saya memberikan amaran kepada semua warga TLDM supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti tidak sihat itu,” katanya.

Beliau berkata terdapat dalam kalangan anggota yang terlibat dengan dadah telah berkhidmat selama 10 tahun.

Terdahulu, Ahmad Kamarulzaman memakaikan pangkat kepada 11 Pegawai TLDM termasuk seorang pegawai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM dan 39 anggota Lain-Lain Pangkat pada Majlis Pemakaian Pangkat di KD Sri Gombak di sini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sambutan ulang tahun ke-83 TLDM pada 27 April ini secara besar-besaran.

“Antara tarikan sambutan di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu pada 27 April ini ialah pelancaran pemerintahan dua wilayah Armada Barat dan Armada Timur serta pameran Mini Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian (Mini Maha) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahTan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad BadaruddinTLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd