• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1.3 Juta Peminjam Menjelaskan Bayaran PTPTN

oleh Ahmad Albab
13/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 1.3 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dan sedang menjelaskan pinjaman mereka yang melibatkan kutipan berjumlah RM10.9 bilion, kata Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN Mastura Mohd Khalid.

Sebanyak RM7.9 bilion perlu dikutip daripada kira-kira 600,000 peminjam yang masih belum melunaskan bayaran pinjaman mereka, katanya pada sidang media selepas sesi perbincangan meja bulat PTPTN bersama Majlis Profesor Negera (MPN) di sini, hari ini.

Sesi itu, yang membincangkan kelestarian pembiayaan pendidikan tinggi, melibatkan 25 ahli akademik dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPN Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.

Mastura berkata PTPTN memberikan pengecualian bayaran balik pinjaman kepada 42,084 pelajar yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama membabitkan pinjaman berjumlah RM1.25 bilion.

Mengenai perbincangan meja bulat itu, beliau berkata ia membolehkan PTPTN mendapatkan input baharu untuk meneruskan kelestarian menyediakan pinjaman kepada pihak yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.

Sementara itu, Raduan berkata MPN akan mengkaji polisi pengecualian bayaran balik kepada peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama termasuk aspek ketidakseragaman standard ijazah kelas pertama antara pelbagai institusi pendidikan tinggi.

Ketika ini, pengecualian bayaran balik hanya diberikan kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang dinilai bagi pencapaian atau kecemerlangan akademik 100 peratus.

Beliau berkata aspek kecemerlangan pelajar juga perlu dilihat berdasarkan penglibatan mereka dalam aktiviti luar bilik kuliah.

“Ia perlu ditangani dengan cara berhemah agar pemberian pengecualian itu dapat dibuat secara lebih holistik, bukannya hanya bersandarkan kepada pencapaian akademik semata-mata,” katanya. – BERNAMA

Tags: PTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd