• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Ingatkan UMNO Sentiasa Bantu, Bela Rakyat

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota UMNO untuk sentiasa turun padang bagi membantu dan membela rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi Datuk Samsuddin Yahya berkata pesanan itu diberikan oleh timbalan perdana menteri semasa menyempurnakan majlis penutupan ‘Program Keris’ anjuran Biro Latihan dan Penyelidikan UMNO membabitkan tiga bahagian UMNO di sini, hari ini.

Ingatan itu merupakan satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan parti supaya kami sentiasa menumpukan usaha membantu nmenyelesaikan masalah dihadapi rakyat, katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Majlis penutupan program itu diadakan secara tertutup kepada media. Program dua hari itu bagi memantapkan persediaan UMNO menghadapi pilihan raya umum akan datang membabitkan anggota UMNO Bahagian Batu Sapi, Sandakan dan Semporna.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Ketua UMNO Bahagian Sandakan, Tan Sri Ampung Puyon; Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Nasir Tun Sakaran dan Samsuddin.

“Kami sentiasa mengutamakan konsep turun padang itu termasuk menerusi Pusat Daerah Mengundi bagi memantapkan persediaan menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya.

Menurut Samsuddin, UMNO Batu Sapi juga sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang dan seterusnya mempertahankan kerusi Barisan Nasional di Parlimen Batu Sapi.

Pada petang ini, Ahmad Zahid dijadual merasmikan Program Karnival Jalinan Kasih anjuran Biro Latihan dan Penyelidikan UMNO Bahagian Kalabakan di Padang Perbandaran, Tawau.

Timbalan perdana menteri dijadual pulang ke Kuala Lumpur petang ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd