• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yap Sean Yee Perbaharui Rekod Kebangsaan

oleh
19/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu lompat tinggi negara, Yap Sean Yee, memperbaharui rekod kebangsaan miliknya pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Setiawangsa, hari ini.

Atlet pelapis kebangsaan itu mencatat lompatan 1.81 meter pada percubaan pertama, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan 1.79m bagi acara lompat tinggi wanita yang dilakarkan pada Kejohanan Terbuka Pahang 2015.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh atlet Sekolah Sukan Bukit Jalil iaitu Shahira Sazali dan M. Nanthini yang masing-masing mencatat lompatan 1.60m dan 1.45m.

Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan, Zainal Abas yang dihubungi Bernama tidak menyangka Sean Yee dapat memecahkan rekod peribadi miliknya sendiri sambil mengharapkan kejayaan tersebut mencerahkan peluang atlet berkenaan untuk diserapkan ke dalam Program ‘Kita Juara’.

Program ‘Kita Juara’ adalah program khas Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menyediakan atlet untuk mencapai sasaran muncul juara keseluruhan di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, dari 19 hingga 31 Ogos ini.

“Kalau beliau boleh kekalkan lompatan pada ketinggian 1.80 meter, saya yakin beliau berada dalam posisi terbaik untuk meraih kedudukan podium pada Sukan SEA 2017, Ogos nanti,” kata Zainal.

Dalam perkembangan sama, Zainal yakin kejayaan cemerlang yang dilakar skuad olahraga negara sejak kebelakangan ini merupakan landasan terbaik untuk memburu kejayaan gemilang pada Sukan SEA nanti.

Beliau memaklumkan skuad olahraga negara yang menjalani latihan di Afrika Selatan sejak bulan lepas, berkemungkinan akan meneruskan latihan persediaan selain menyertai pertandingan di Eropah pada bulan Mei atau Julai ini sebagai persediaan akhir menghadapi Sukan SEA.

Keputusan itu, kata Zainal, bagaimanapun bergantung kepada perbincangan antara Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM) dan MSN yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Skuad olahraga kebangsaan yang diketuai pemegang rekod 100m kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan berada di Afrika Selatan sejak bulan lepas bagi menyertai latihan dan pertandingan di negara berkenaan selama dua bulan sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. – BERNAMA

Tags: Lompat TinggiMSSKLYap Sean Yee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beri Peluang Sean Yee Beraksi Sukan SEA 2017

21/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Ketua kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Datuk Marina Chin berpendapat ratu lompat tinggi negara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd