• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Peluang Sean Yee Beraksi Sukan SEA 2017

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Datuk Marina Chin berpendapat ratu lompat tinggi negara, Yap Sean Yee wajar diberikan peluang beraksi pada temasya dwitahunan itu.

Marina berkata berdasarkan faktor umur dan prestasi terkini, beliau percaya atlet kelahiran Kuala Lumpur itu mampu menyumbangkan pingat kepada negara di samping mendapat pengalaman berharga.

“Dia (Sean Yee) seorang atlet muda dan berpotensi, oleh itu saya rasa dia perlu diberikan peluang beraksi pada Sukan SEA nanti.

“Walaupun peluang meraih emas itu agak tipis, tetapi penyertaan dia itu tidak mustahil mampu menghadiahkan pingat kepada negara serta pengalaman itu dapat digunakan bagi meningkatkan lagi prestasinya di masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan skuad hoki wanita dan hoki dalam dewan di Jungle Gym, Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil, di sini hari ini.

Sean Yee, 22, sebelum ini membuat kejutan apabila mencatat lompatan 1.81 meter pada percubaan pertama sewaktu beraksi pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) 2017 di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Setiawangsa, Ahad lepas.

Lompatan yang dilakukan atlet pelapis kebangsaan itu sekali gus memadam rekod kebangsaan 1.79m bagi acara lompat tinggi wanita yang dilakarnya pada Kejohanan Terbuka Pahang 2015.

Terdahulu, Ketua Jurulatih Skuad Olahraga Kebangsaan, Zainal Abas melihat kejayaan Sean Yee itu mampu mencerahkan peluang atlet berkenaan untuk diserapkan ke dalam Program Kita Juara.

Program Kita Juara merupakan sebuah program khas MSN bagi menyediakan atlet untuk mencapai sasaran muncul juara keseluruhan di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang bermula dari 19 hingga 31 Ogos ini. – BERNAMA

Tags: Yap Sean Yee
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yap Sean Yee Perbaharui Rekod Kebangsaan

19/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Ratu lompat tinggi negara, Yap Sean Yee, memperbaharui rekod kebangsaan miliknya pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd