• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Dirempuh Dan Diseret Dua Meter

oleh Ahmad Albab
21/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Seorang pekerja pembersihan warga emas maut apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta sebelum diseret sejauh dua meter di Jalan Taiping-Kamunting dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu mangsa yang maut dikenali sebagai Hasimah Chin, 60, dari Kampung Jana Sambungan, Kamunting.

Katanya kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Myvi yang dipandu Raja Zainah Raja Aznir Shah, 52, dari arah Taiping memasuki kawasan premis perniagaan di jalan tersebut untuk urusan peribadi.

“Sampai di tempat kejadian, pemandu Myvi dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu merempuh motosikal mangsa yang secara kebetulan berada di kawasan berhampiran.

“Akibat panik, pemandu tertekan minyak lalu mengheret mangsa hingga ke depan Klinik Ananda dan merempuh sebuah lagi motosikal yang diletakkan di hadapan klinik itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Harrith Kam berkata akibat kemalangan itu, warga emas berkenaan maut di lokasi kerana kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, seorang guru tahfiz maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 248.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Kuala Kangsar kira-kira pukul 4.20 pagi tadi.

Muhammad Shafiq Abdul Rashid @ Mohd Fazli, 19, berasal dari Jasin, Melaka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut jurucakap polis kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua dinaiki mangsa yang dipandu Muhammad Azlanuddin Mohd Kalit, 24, dari Kedah ke Melaka hilang kawalan dipercayai mengantuk sebelum melanggar belakang sebuah treler yang membawa barangan elektronik di lorong kiri.

“Susulan perlanggaran itu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai dari lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi kiri Perodua tersebut,” katanya.

Kemalangan menyebabkan Muhammad Azlanuddin dan seorang lagi penumpang Perodua cedera ringan, manakala pemandu lori serta treler tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

Tags: warga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd