Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 4 Lelaki,...

GEORGE TOWN - Polis menahan empat lelaki yang dipercayai dalam perjalanan melakukan kegiatan...

Sarawak Alu-Alukan Tajaan Untuk...

KUCHING - Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) masih memerlukan tajaan daripada pelbagai pihak, khususnya...

Ahmad Razif & Azizulhasni...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan atlet berbasikal negara,...

Akauntan Maut Terperosok Di...

KUALA LUMPUR - Seorang akauntan wanita maut akibat terperosok di bawah keretanya apabila...

Waran Tangkap Terhadap Kim Uk-il Bantu Siasatan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan waran tangkap terhadap pekerja syarikat penerbangan Air Koryo dari Korea Utara, dikenali Kim Uk-il, 37, bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang warga Korea Utara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara ini kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp.

Khalid berkata polis juga telah menghantar permohonan melalui Kementerian Luar bagi mendapatkan kerjasama daripada Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwang-song, membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, pemegang pasport atas nama Kim Chol.

Ditanya adakah surat permohonan melalui Wisma Putra telah diserahkan kepada Kedutaan Korea Utara, beliau berkata, “sudah serah.”

Sebelum ini Khalid dilaporkan berkata polis akan mematuhi protokol antarabangsa untuk menyiasat dan mendapatkan keterangan daripada Kwang-song, yang mempunyai imuniti diplomat.

Pada 13 Februari lalu Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun.

Jong-nam, abang kepada pemimpin utama Korea Utara Kim Jong-un itu, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.


Pada Rabu lepas, Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 28, warga Vietnam dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan membunuh Jong-nam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bahan kimia ‘Ethyl S-2-diisopropylaminoethyl methylphosphonothiolate’ atau agen saraf VX dipercayai digunakan dalam kes pembunuhan itu.

Dalam pada itu Ri Jong-chol, 47, yang direman sejak 18 Februari berhubung siasatan kes pembunuhan itu, dalam proses dibebaskan dan dihantar pulang berikutan tiada bukti kukuh untuk mendakwanya. – BERNAMA

Kategori