• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ular ‘Haus’ Masuk Kampung Rayu Minta Air Minum

oleh
31/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Seekor ular tedung selar jenis King Cobra sepanjang hampir empat meter, berasa kehausan akibat kemarau dan memutuskan untuk masuk kampung. Memang satu senario ngeri!

Namun ia tidak diapa-apakan oleh para penduduk desa, malahan reptilia itu juga tidak ‘mengamuk’, sebaliknya, ia langsung dibantu sekumpulan orang kampung yang baik hati apabila akhirnya diberi minum dari sebotol air.

Pelik tapi benar. Ternyata, meskipun dikenali sebagai haiwan berbisa dan berbahaya, ular ini tidak pula menyerang penduduk. Malah, orang kampung juga berani ke hadapan untuk memberikan air kepada reptilia tersebut.

Portal The Mirror melaporkan rakaman video menakjubkan memaparkan haiwan liar berbisa itu menerima bantuan air setelah dilihat terdesak untuk mencari minuman di tengah-tengah kemarau di sebuah kampung di selatan India.

Pekerja penyelamat hidupan liar tempatan dengan berani kemudian menghulurkan air minuman dari botol kepada ular tersebut setelah diselamatkan dari sebuah kampung di Kaiga, di mana ia marayau-rayau untuk mencari air.

Desa di negeri Kartanaka yang terletak 1,917 kilometer dari ibu kota New Delhi itu memang teruk kering kontang. Beberapa kawasan di selatan India bahkan kini dilanda kemarau buruk yang menyebabkan kekurangan sumber air.

Para pegawai hidupan liar turut berkata kemarau tersebut banyak menjejaskan kehidupan normal haiwan liar di kawasan itu apabila sudah beberapa hari hujan tidak turun waima tiada awan kelihatan terbentuk di langit biru.

Menurut laporan media tempatan, beberapa pekerja penyelamat secara kebetulan menjumpai ular tedung itu, dan perkara pertama yang spontan dilakukan mereka adalah untuk memberikan air kepada haiwan berkenaan.

Petugas yang berani itu turut menuang air ke atas kepala ular tedung tersebut untuk ‘menyejukkan’ suhu panas pada tubuhnya. Ia kemudian dibawa ke sebuah kemudahan jagaan haiwan liar setempat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Indiaular
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd