• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubah Persepsi Tugas Tentera Hanya Di Perbatasan

oleh Ahmad Albab
03/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Persepsi penugasan tentera hanya di perbatasan perlu diperbetulkan rakyat, yang tertarik menyertai pasukan itu, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda selain mempertahankan kedaulatan negara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) banyak terlibat dalam pentadbiran negara dan tidak semuanya diperlukan di perbatasan.

“Isu ini perlu diperjelaskan kerana ATM memerlukan anggota berkelulusan tinggi termasuk dalam bidang teknikal untuk membantu projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) di samping menjadi kumpulan sokongan teknikal,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pada sambutan Hari Ulang Tahun ATM ke-84 yang jatuh pada 1 Mac peringkat Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem pasukan di Bukit Ketri di sini, petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda sebelum itu disambut Timbalan Komander Rejimen 504, Leftenan Kolonel Huzaini Hussin serta pegawai kanan pasukan.

Tuanku Syed Faizuddin berharap lebih banyak pendedahan khususnya secara langsung dibuat agar rakyat lebih sedar peranan dan kepentingan askar wataniah selain barisan hadapan ATM.

Terdahulu 84 anggota tentera darat mewakili Rejimen 504, 4 Rejimen Ranjer DiRaja (RRD) dan 30 Briged Rejimen Sempadan (RS) mengambil nombor simbolik ulang tahun ATM.

Mereka kemudian menyertai Tuanku Syed Faizuddin dan ketua jabatan serta agensi kerajaan negeri dan persekutuan dalam program berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke-15 tahun 2017 sejauh 16 kilometer yang bermula dan berakhir di kem tersebut. – BERNAMA

Tags: Raja Muda PerlisTentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd