Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Tiada Kenaikan Harga Simen...

KUALA LUMPUR - Hasil pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna...

Bukit Beruntung: Operasi SAR...

HULU SELANGOR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua murid Sekolah Kebangsaan Taman...

Ibu Bapa, Guru Perlu...

SEREMBAN - Ibu bapa dan guru perlu peka dengan setiap perubahan tingkah laku...

Tapak Kaki Ronaldinho Di...

RIO DE JANEIRO - Bekas bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho mengabadikan tapak kakinya...

Dakwa Difitnah, Tunang Hans Isaac Saman Bekas BF

BELUM reda ‘ribut’ kontroversi kecurangan yang dipukul canang oleh bekas kekasih tunang aktor Datuk Hans Isaac semalam, hari ini lelaki bernama Robin Coenraad itu mendedahkan dia telah dilayangkan surat saman daripada Gabriella Robinson atau Gabby.

Sekali lagi menggunakan Facebook sebagai ‘platform’ untuk meluahkan perasaan, Robin telah memuat naik surat saman yang diterimanya kira-kira pukul 11 malam semalam (Rabu).

Menerusi surat itu, Gabby telah mendakwa Robin memberikan kenyataan berunsur fitnah.

Dia juga meminta bantuan rakan-rakan Facebooknya kerana menurutnya, terdapat sebuah kereta yang sedang parkir di luar menunggu untuk dia menandatangani surat tersebut.

“Sesiapa boleh bantu? Saya telah disaman dan terdapat sebuat kereta di luar menunggu saya untuk tandatangan surat itu. Tolong bantu saya,” tulis Robin didalam statusnya.

Bagaimanapun, Robin telah memadamkan surat dan status itu daripada akaun FBnya beberapa jam kemudian.

Dakwa Difitnah, Tunang Hans Isaac Saman Bekas BF


Sebelum ini, Robin telah membuat peminat industri hiburan gempar apabila meluahkan perasaan sedih dan kecewanya apabila mengetahui teman wanitanya iaitu Gabby akan berkahwin dengan lelaki lain melalui laporan berita.

Malah, Robin juga mendedahkan bahawa mereka baru sahaja menghabiskan masa bersama beberapa hari sebelum berita lamaran Hans itu menjadi tajuk utama media massa.

Baca: Tunang Hans Isaac Dituduh Curang Oleh Bekas BF

Juga: Dia Sengaja Nak Publisiti, Kesian Sungguh – Hans

Lagi: Ini Dia Robin Coenraad, Bekas BF Tunang Hans Dan…

Bagaimanapun, Hans menghadapi berita ini dengan penuh gentleman, malah membela bakal isterinya itu melalui Instagram dan FB miliknya.

Menurut Hans, Gabby dan lelaki itu sudah putus cinta bertahun lamanya dan ini hanyalah percubaan Robin untuk menjatuhkan maruah tunangnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori