• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh Pakatan Harapan Sarawak Untuk Hadapi PRU14

oleh
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – DAP Sarawak, PKR Sarawak dan Parti Amanah Negara Negeri Sarawak (Amanah Sarawak) hari ini mengumumkan penubuhan gabungan dikenali sebagai ‘Pakatan Harapan Sarawak’ sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, yang menjadi jurucakap gabungan itu, berkata mereka juga telah memuktamadkan rundingan mengenai peruntukan kerusi.

“Pada asasnya, persetujuan yang dicapai ialah bagi PRU14, parti berkenaan akan bertanding di kerusi Parlimen yang mereka tandingi pada PRU13.

“Amanah akan mendapat kerusi yang ditandingi oleh PAS dahulu,” katanya pada satu sidang media bersama di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan Pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi.

“Mungkin akan terdapat beberapa perubahan, tapi ia tertakluk kepada persetujuan dua hala antara parti terlibat.

“Sekiranya konsensus tidak dicapai, kami akan kembali kepada aturan bahawa parti yang bertanding di sesuatu kerusi pada PRU13 akan mempertahankannya pada PRU14,” kata Chong.

Chong, yang juga Anggota Parlimen Bandar Kuching dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, berkata ketiga-tiga parti itu juga membentuk sebuah sekretariat dianggotai dua wakil daripada setiap parti.

Katanya, sekretariat berkenaan akan menyelaras aktiviti dan kerjasama antara parti berkenaan serta bertanggungjawab untuk merangka manifesto bersama Pakatan Harapan Sarawak untuk PRU14.

Chong berkata gabungan itu mungkin bertanding di kesemua 31 kerusi Parlimen.

Sementara itu, Baru berkata beliau mungkin tidak menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

Tags: pakatan harapanPRU14sarawak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mengimbas bagaimana rakyat Malaysia pernah bersatu menumbangkan Datuk Seri Najib Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd