• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Basikal: Pemandu Mengaku Tidak Bersalah

oleh AK-47
28/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang jurujual mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal dalam kejadian 18 Febuari lalu.

Tertuduh, Sam Ke Ting, 21, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru selepas pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Salina Omar.

Berita Harian melaporkan, pendakwaan kes dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Johor, Roslan Mat Nor manakala tertuduh diwakili peguam bela, Faizal Bustaman dan Mokhtar Menon.

Tertuduh dibenar diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan lesen memandu tertuduh digantung hingga perbicaraan kes selesai selain tertuduh diperintah menyerah pasport kepada mahkamah.

Salina juga menetapkan 13 April depan sebagai tarikh pengurusan kes terbabit.

Tertuduh didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB9984 secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kematian pada 3.20 pagi 18 Februari 2017 di Jalan Lingkaran Dalam, Johor.

Dia didakwa menyebabkan kematian Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM20,000 selain lesen memandu digantung sekiranya disabit kesalahan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kematiankes mahkamahpemandutuduhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian

Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sesi libat urus cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional (SKN) Siri 1/2026 di ibu negara hari ini kecoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd