• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Sedia RM1 Juta Untuk Dana Usahawan Teknologi

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Technology Park Malaysia Corp Sdn Bhd (TPM) akan memperuntukkan RM1 juta bagi Dana Mudah Cara Usahawan Teknologi TPM (TFF) yang diperkenalkan baru-baru ini bagi melonjakkan lagi pembangunan usahawan tempatan.

TFF akan menyediakan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM50,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan faedah tiga peratus setahun.

Pengerusi TPM, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, dana tersebut diperkenalkan bertujuan memajukan lagi pembangunan usahawan teknologi.

“Dana ini merupakan dana mudah cara yang dirangka bagi membantu usahawan teknologi yang mempunyai potensi untuk berkembang.

“Ia ditawarkan kepada usahawan yang menggunakan perkhidmatan kejuruteraan dan pembangunan produk bioteknologi melalui anak syarikat TPM, TPM Engineering Sdn dan TPM Biotech Sdn Bhd,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan skim itu di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, pinjaman mudah yang diberi boleh ditukar kepada geran jika usahawan mencapai pulangan tahunan RM500,000 daripada perniagaan yang diusahakan dengan bantuan pinjaman tersebut.

Kelayakan peminjam termasuk mempunyai sekurang-kurangnya lima pekerja sepenuh masa, berdaftar sebagai Sdn Bhd, tidak mempunyai pembayaran tertunggak dengan TPM atau anak syarikat, serta menjana pulangan tahunan di bawah RM300,000.

Selain TFF, TPM turut melancarkan tiga usaha lain dalam memacu perkembangan usahawan, iaitu program ‘Stargazer Mentoring’ TPM, ‘Strategic Playbook’ dan platform dalam talian Retail118.com.

Program ‘Stargazer Mentoring’ TPM disasarkan kepada usahawan yang memerlukan perkhidmatan bimbingan daripada usahawan lebih berpengalaman dan kukuh.

TPM akan berperanan sebagai pemudah cara dan penghubung antara kedua-duanya untuk menggalakkan perkongsian pengalaman dan pemindahan pengetahuan dalam program itu.

Ahmad Fauzi berkata, sehingga kini TPM mempunyai lebih 100 pembimbing dengan pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun yang bersedia menjadi mentor dalam membantu usahawan baharu menguruskan perniagaan, jualan dan pemasaran, kewangan serta disiplin organisasi lain.

Sementara itu, ‘Strategic Playbook’ merupakan kaedah dinamik untuk membantu perniagaan tanpa mengira saiz melalui perancangan dan pelaksanaan lebih baik.

Usaha itu memberi panduan terperinci mengenai bagaimana usahawan boleh merancang operasi serta memantau hala tuju perniagaan secara mudah dan positif sama ada mengikut perancangan atau sebaliknya, di samping mengambil langkah pembetulan apabila perlu.

Retail118.com merupakan pasaran borong dalam talian, menghubungkan platform peruncit dan pembeli borong, yang dibangunkan oleh syarikat bimbingan TPM, Treasure Technology Sdn Bhd.

Pasaran borong dalam talian baharu tersebut, yang dikatakan pertama di Malaysia, menawarkan kaedah perniagaan lebih mudah antara perniagaan runcit dan rantaian nilai. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd