• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TN50 Perlu Jadi Aspirasi Semua Rakyat

oleh AK-47
03/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dasar Tranformasi Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak haruslah menjadi aspirasi bersama yang baharu bagi semua rakyat Malaysia, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata dasar itu tidak harus dilihat sebagai idea sesetengah pihak atau sesetengah golongan semata-mata.

“TN50 mesti dibangunkan dan diterjemahkan dengan cara yang menekuni semangat kolektif Malaysia.

“Dalam abad ke-21 ini, pelan pembangunan yang dirangka secara sehala dari pihak pemerintah sahaja sudah tidak relevan…jika masih diamalkan, ia tidak akan membuahkan kejayaan,” katanya semasa berucap merasmikan sesi dialog TN50 Negeri Johor yang dihadiri kira-kira 1,500 belia di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Johor Datuk Samsol Bari Jamali dan Anggota Parlimen Pulai merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Mohamed Khaled berkata selain itu, TN50 perlu menjadi tawaran baharu kepada Malaysia supaya semua pihak berlumba-lumba menjayakannya atas satu semangat, rasa kekitaan dan ikatan kenegeraan.

Pada masa sama, katanya tawaran itu diharap dapat memperbetul kelemahan sebelum ini memandangkan ia mesti hadir sebagai penyelarasan struktur yang diperlukan Malaysia untuk terus memecut ke depan sebagai negara dan masyarakat terbaik.

Mengenai cabaran terbesar yang dihadapi TN50, Mohamed Khaled berkata ia semestinya berkaitan dengan soal meletakkan fokus yang betul.

“Kita mesti ingat TN50 bukan tentang lebih banyak bangunan tertinggi, jambatan terpanjang atau stadium terbesar. Ia bukan tentang projek dan pembangunan aspek fizikal dan material.

“Cabaran sebenar TN50 ialah mengekalkan apa yang Malaysia telah kecapi dan pada masa sama, mencari naratif baharu untuk menambah baik apa yang ada dan mencipta perkara baharu,” katanya.

TN50, yang digagaskan untuk memeta hala tuju negara bagi tempoh 30 tahun selepas 2020, diperkenalkan pada Januari lepas dan setakat ini, sesi jelajahnya telah diadakan di Sabah dan Terengganu dan bakal menyusul di Perak.

Objektifnya adalah mewujudkan platform dan mengumpul idea serta pandangan golongan belia dan ulama muda dalam sesi berbentuk ‘townhall’ bagi merancang dan menggerakkan pembangunan TN50.

Sementara itu, Khairy berkata beliau telah mengarahkan exco-exco belia di negeri yang terlibat dengan TN50 sebelum ini supaya turun padang mengadakan sesi dialog berkenaan di peringkat daerah.

Ini penting bagi meningkatkan penyertaan golongan belia dalam memaklumkan aspirasi mereka terhadap TN50, katanya.

“Di Johor, saya meminta Datuk Zulkurnain Kamisan (Exco Belia, Kebudayaan dan Warisan negeri) untuk turun ke daerah-daerah kerana saya hanya dapat mungkin turun bagi peringkat negeri sahaja.

“…kita mesti selesaikan dokumen aspirasi belia TN50 kerana Perdana Menteri mahukan ia disiapkan tahun ini juga,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinTN50
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4.1 Juta Rakyat Malaysia Belum Daftar Mengundi

Next Post

Rampas Kembali 6 Kerusi Parlimen Felda – Ahmad Zahid

Related Posts

Politeknik Ungku Omar Dinaik Taraf Sebagai Politeknik APEX

Politeknik Ungku Omar Dinaik Taraf Sebagai Politeknik APEX

04/12/2023
0

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menaik taraf Politeknik Ungku Omar (PUO) sebagai politeknik Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX)....

KPT Pertimbang Politeknik Ungku Omar Naik Taraf Universiti

KPT Pertimbang Politeknik Ungku Omar Naik Taraf Universiti

29/11/2023
0

SEPANG: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mempertimbangkan cadangan bagi menaik taraf Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh Perak sebagai taraf sebuah...

Next Post

Rampas Kembali 6 Kerusi Parlimen Felda - Ahmad Zahid

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd