• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Disahkan Presiden FAM Sabtu Ini – Hamidin

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanya akan disahkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu Sabtu ini, walaupun pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa telah menarik diri hari ini.

Penarikan diri Annuar yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (FAM) sekali gus menyaksikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu menang tanpa bertanding dalam pemilihan yang diadakan sempena Kongres ke-53 FAM Sabtu ini.

Namun Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu masih belum boleh disahkan dan pihaknya masih menunggu makluman rasmi daripada Annuar.

“Saya masih menunggu pengesahan bertulis daripada Annuar mengenai penarikan dirinya daripada bertanding jawatan berkenaan.

“Pengisytiharan kemenangan juga hanya boleh dilakukan pada Kongres FAM yang dijadualkan Sabtu ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Annuar dalam satu sidang akhbar khas di Bangunan Parlimen hari ini, mengumumkan pengundurannya kerana mahu memberi kemenangan mudah kepada Tunku Ismail yang dilihat komited dan bakal menjadi aset penting buat FAM.

Menurut Annuar, beliau akan memberi sepenuh perhatian dalam bidang politik sebagai Anggota Parlimen Ketereh serta membangunkan skuad bola sepak negeri kelahirannya, Kelantan.

Pemilihan pada kongres itu adalah untuk mengisi 17 kerusi iaitu presiden (satu jawatan), timbalan presiden (dua), naib presiden (empat) dan exco (lapan untuk lelaki dan dua bagi wanita).

Seramai 39 perwakilan dan 20 anggota gabungan FAM layak mengundi pada kongres berkenaan. – BERNAMA

Tags: FAMTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mendapatkan penjelasan berhubung...

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd