• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Serik Meskipun 10 Kali Keluar Masuk Penjara

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Walaupun sudah 10 kali keluar masuk penjara sejak tahun 2009 atas kesalahan jenayah dan narkotik, namun hukuman itu belum dapat menyedarkan seorang lelaki pemungut hutang daripada mengulangi tabiatnya lamanya itu.

Lelaki tempatan berusia 31 tahun itu sekali lagi diberkas polis di sebuah rumah di Taman Sempelang, Sembulan, kira-kira jam 8.30 malam 25 Mac, kerana disyaki memecah masuk rumah seorang doktor di Sembulan bersama seorang lagi rakannya.

Ekoran serbuan polis itu, polis merampas dua unit komputer riba dan dua unit telefon bimbit yang dipercayai dicuri dari rumah doktor berkenaan yang dipecah masuk pada 22 Mac lalu, antara jam 7.20 pagi hingga 6.18 petang.

Menurut kenyataan Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra hari ini, dalam serbuan itu, rakan mangsa, seorang lelaki rakyat tempatan berusia 32 tahun yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, turut diberkas.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 32 tahun itu juga mempunyai empat kes jenayah dan narkotik lampau termasuk satu kes yang masih menunggu perbicaraan di mahkamah.

Semasa diberkas, kedua-dua suspek terbabit juga didapati positif dadah jenis syabu, kata Chandra.

Doktor berkenaan membuat laporan polis selepas balik daripada bekerja dan mendapati pintu rumahnya terbuka dengan kesan umpilan manakala bahagian dalam rumah berselerak. – BERNAMA

Tags: Hukuman Penjarapenjenayah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

04/11/2026
0

PUTRAJAYA - Pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, dilepas dan dibebaskan oleh...

Chegubard Dijatuhi Hukuman Penjara 4 Bulan

Chegubard Dijatuhi Hukuman Penjara 4 Bulan

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyelaras Parti Wawasan Negara (Wawasan) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dijatuhi hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd