• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand ‘Pelik’ Indonesia Tidak Lagi Import Beras

oleh
27/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Besarnya permintaan beras di Indonesia berbanding penawaran menyebabkan republik itu pernah melakukan import dari negara tetangga untuk memenuhi bekalan sejak tiga dekad lalu.

Menteri Pertanian, Andi Amran Sulaiman malah menyatakan, pemerintah Indonesia terpaksa ‘malu’ mengimport untuk memenuhi permintaan beras amat tinggi dalam kalangan kira-kira 264 juta rakyatnya sendiri selama ini.

Namun, baru-baru ini beliau menerima laporan bahawa negara jiran tidak lagi mengeksport beras ke Indonesia mulai tahun lalu dan sepanjang tahun ini ekoran lambakan besar bekalan domestik lebih daripada mencukupi.

“Delegasi Thailand kata mereka berasa agak pelik kerana sudah tidak lagi mengeksport beras ke Indonesia, walhal Indonesia adalah pasaran eksport terbesar beras dari Thailand selama 32 tahun,” ujar Andi Amran di sini semalam.

Selain itu, pemerintah Indonesia turut menerima penghargaan daripada wakil Vietnam yang disampaikan delegasi negara tersebut kepada Naib Presiden, Jusuf Kalla ketika melakukan pertemuan rasmi beberapa waktu lalu.

“Pihak berkuasa Vietnam juga menyampaikan rasa kagum kerana Indonesia tidak pernah lagi melakukan import beras dari luar negara pada 2016 dan 2017,” jelas Andi Amran yang dipetik oleh akhbar berpengaruh KOMPAS.

ANTARA

Beliau berharap pemerintah Indonesia dapat menahan import beras sehingga 2019 sambil menegaskan: “Kalau kita mampu, pasti hingga selepas 2019 pun kita tidak import. Persoalannya sama ada kita mahu atau tidak mahu.”

Data Kementerian Pertanian Indonesia yang bekerjasama dengan Tentera Nasional Indonesia merekodkan dari awal Januari sehingga Mac lalu, negara itu berjaya menampung kira-kira 754,330 tan beras yang sepatutnya diimport.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 420 peratus berbanding tempoh sama tahun 2016. Manakala antara Mac hingga Ogos, Indonesia diunjur mampu mengeluarkan 33.6 juta tan beras untuk keperluan seluruh penduduknya.

Republik tersebut dilaporkan mampu menghasilkan lebih 70 juta tan beras setahun melibatkan kira-kira 10 juta hektar sawah yang membekalkan komoditi bijirin ruji domestik berkenaan untuk kegunaan ratusan juta rakyatnya.

Ini meletakkan ia sebagai pengeluar beras ketiga terbesar di dunia selepas China dan India, waima rakyat Indonesia merupakan pengguna perkapita tertinggi di peringkat antarabangsa iaitu purata seorang 140 kilogram setahun.

Secara teknikal, Indonesia tidak lagi mengimport beras bermula 2015 apabila sekitar 800,000 tan yang lazimnya dibawa masuk dari luar negara sudah pun dapat diisi oleh pengeluaran tempatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: berasIndonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd