• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Tawaran ‘Munafik 2’, Selepas Lama Tidak Berlakon

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG – Penyanyi Mawi memberitahu dia menerima tawaran untuk berlakon dalam filem Munafik 2 selepas tujuh tahun tidak terlibat dalam bidang lakonan.

Mawi, 36, berkata, dia menerima tawaran berkenaan atas dasar persahabatan yang dibina dengan pengarah filem tersebut iaitu Syamsul Yusof sejak bekerjasama menerusi lagu Kalah Dalam Menang.

“Saya dipelawa untuk terlibat dalam filem ini oleh Syamsul bulan lalu. Pada mulannya kata Syamsul watak tersebut kecil sahaja tapi skrip dibuat ia menjadi besar dan banyak babak.

“Saya terima tawaran ini sebab kami sudah berkawan baik. Saya akui lebih selesa bekerjasama bawah arahan pengarah yang saya kenal berbanding yang tidak kenal. Lagi pula saya rasa ini peluang yang baik,” ujarnya kepada mStar Online.

Mawi ditemui pada majlis sidang media pelancaran filem Munafik 2 yang diadakan di Dataran Finas, di sini, malam Khamis lalu.

Terima Tawaran 'Munafik 2', Selepas Lama Tidak Berlakon
Barisan pelakon Munafik 2.

Pemilik nama sebenar Asmawi Ani ini kali terakhir terlibat dalam filem Magika pada tahun 2010.

Dalam pada itu, Mawi mengakui sedikit gementar untuk kembali ke lokasi penggambaran selepas sekian lama tidak berlakon.

“Sebelum ini memang ada beberapa produksi yang menawarkan untuk saya berlakon filem tetapi saya terpaksa tolak kerana komitmen yang tinggi.

“Tidak sangka sudah tujuh tahun tidak berlakon, memang ada sedikit rasa gementar untuk kembali ke set. Filem ini pula menjadi filem yang ditunggu-tunggu kerana untuk filem pertama, ia mendapat kutipan box office,” ujarnya.

Selain itu, Mawi berkata, dia dan Syamsul bakal berduet sekali lagi untuk lagu tema filem seram berkenaan.

“Ada lagu yang akan kami rakamkan sebagai lagu tema filem ini dan sekarang masih dalam proses, saya sudah terima demo untuk lagu tersebut,” ujarnya.

Filem yang bakal menelan belanja RM2.5 juta itu membabitkan barisan pelakon lain seperti Maya Karin, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Ku Faridah dan Datuk Rahim Razali. – mStar Online

Tags: FILEMMawiMunafik 2
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd