• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terbalik!!! Wartawan Akhbar Saman Fitnah LGE Pula

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pada kebiasaan, pemimpin DAP dikatakan sering menyaman media tertentu khasnya aliran prokerajaan konon melaporkan berita fitnah sehingga menjejaskan imej tokoh itu.

Namun kali ini terbalik pula apabila julung kali seorang wartawan akhbar berbahasa Cina, Ong Beng Siang, 40, memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini.

Beng Siang, 40, yang merupakan wartawan kanan Guang Ming Daily mendakwa Guan Eng secara terbuka telah memfitnah dirinya menerusi laman sosial Facebook milik Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada 22 Januari lalu.

Beliau seterusnya mendakwa status komen dimuat naik Guan Eng menerusi media sosial popular tersebut telah pun menjejaskan nama baik dan reputasinya sebagai wartawan profesional media cetak tempatan yang sepenuh masa.

Menerusi status laman Facebooknya, Guan Eng mendakwa mengetahui ada wartawan yang konon memburukkan kerajaan negeri dan perkara itu sepatutnya dilakukan dengan berfakta, bukannya menyiarkan artikel tidak tepat.

Status Facebook beliau itu turut dilampirkan dengan artikel yang ditulis oleh Beng Siang sendiri. Ini menyebabkan netizen membuat anggapan bahawa tulisan wartawan tersebut sebagai subjek isu yang dimaksudkan oleh Guan Eng.

Beng Siang yang berkhidmat 23 tahun sebagai wartawan mendakwa komen Guan Eng itu merujuk isu berkaitan keputusan lembaga sekolah Chung Hwa tidak mahu membina cawangan di sekeping tanah diberi kerajaan negeri.

Ketika ditemui pemberita, Beng Siang berkata, beliau bertindak nekad memfailkan saman fitnah itu kerana mahu membersihkan nama dan mempertahankan reputasinya sebagai pemberita serta nasib rakan-rakan wartawan lain.

Baljit Singh, peguam mewakili plaintif berkata, pihaknya telah menghantar notis tuntutan namun tidak diendahkan defendan seterusnya menyebabkan saman difailkan termasuk ganti rugi am, khas, teladan dan permohonan maaf.

Guang Ming Daily, antara terbitan popular kumpulan syarikat akhbar Cina terbesar di Malaysia, Sin Chew Media Corporation Berhad; diterbitkan sejak 1987 dengan berpusat di Pulau Pinang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DAPLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd