• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanpa Potong: Beauty And The Beast Ditayang 30 Mac

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENANTIAN peminat filem di Malaysia akhirnya terjawab apabila filem Beauty and the Beast sah bakal ditayangkan di negara ini bermula 30 Mac, tanpa sebarang pemotongan babak.

Ini sekali gus menamatkan segala kontroversi tayangan filem ini yang sebelum ini tercetus gara-gara terdapat babak gay.

Disney dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya memaklumkan, filem itu telah diluluskan dengan pengkelasan PG13.

Seperti mengesahkan perkhabaran gembira itu, Golden Screen Cinemas (GSC) turut memuat naik di laman Twitter berhubung tarikh tayangan baharu filem berkenaan di negara ini.

Terdahulu, Lembaga Penapisan Filem (LPF) memaklumkan pihak mereka akan meluluskan tayangan filem muzikal fantasi itu dengan memotong beberapa babak yang dirasakan tidak sesuai ditonton di Malaysia.

Bagaimanapun, pihak Walt Disney Co. pula bertegas enggan sebarang babak dipotong dan tidak kisah sekiranya filem itu tidak dapat ditayangkan di negara ini.

Di Rusia, kanak-kanak di bawah usia 16 tahun turut dilarang daripada menonton filem berkenaan.

Filem ini menampilkan lakonan bintang terkenal Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens (Beast) dan Luke Evans (Gaston).

Mengikut jadual, filem ini sepatutnya ditayangkan di Malaysia pada 16 Mac lalu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

Tags: Beauty and The BeastFILEM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd