Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Penganggur Didakwa Bunuh Warganegara...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Perlantikan Transgender: Kerajaan PH...

1. Berita mengenai perlantikan seorang transgender hebah diperdebatkan di media setelah tular surat...

Panik Tertembak Anu Sendiri...

MIAMI - Seorang lelaki cedera selepas tertembak kemaluannya sendiri apabila duduk di atas...

Anifah Gagal Semak Semula...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Anifah Aman untuk menyemak semula...

Sweetnya, Lepas Tudung, Aeril Hadiahkan Wawa…

JIKA sebelum ini pelakon Aeril Zafrel melakukan kejutan dengan menghadiahkan sehelai tudung bercetak khas ‘pesanan cintanya’ buat isteri tercinta, Wawa Zainal sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka Februari lalu, kali ini ada lagi satu kejutan yang cukup sweet dilakukan aktor itu khas buat suri hidupnya.

Baca: ‘Bersemut’… Aeril Hadiah Wawa Tudung Siap Ayat Cinta

Baru-baru ini, pasangan ini telah bercuti di Lombok, Indonesia dan tanpa disangka oleh Wawa, Aeril sebenarnya telah menempah perkhidmatan video dari produksi CST yang cukup terkenal dengan pembikinan video pra perkahwinan di kalangan selebriti.

Menurut Aeril, Wawa sudah lama teringin bekerja dengan CST dan kali ini Aeril berjaya menunaikan impian isteri kesayangannya itu.

Lalu terhasillah video tarian hindustan Aeril dan Wawa mengikut rima lagu dari filem hindustan terkenal, Kaho Na Pyar Ya Hair lakonan Hitrik Roshan dan Amesha Patel.

Wawa yang teruja dengan kejutan itu memuat naik satu status di Instagram; The best birthday surprise ever (kejutan hari lahir yang terbaik).”


the best birthday surprise ever..hahaha korang nak tgk video full tak????? @cstproduction @secretbywawazainal

A post shared by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on

Pasangan romantis ini berkahwin pada 25 Februari 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 4, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 2 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Kategori