Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

2 Anggota Polis Direman...

KOTA KINABALU - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman...

Hong Leong Beri Angpau...

LAZIMNYA pemberian angpau diberi kepada individu yang datang berkunjung ke rumah sempena sambutan...

Wajah Pemandu Langgar Geng...

SEPERTI sedia maklum, minggu lalu negara kita dikejutkan dengan berita lapan remaja berbasikal maut...

Babi Hutan Rempuh Masuk...

KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) semalam mengesahkan proses sertu yang dilaksanakan...

Standard Baru Ujian DNA Khinzir Dalam Produk

KUALA LUMPUR – Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) mewujudkan standard baru untuk membuat ujian DNA khinzir dikenali sebagai MS 2627:2017 “Detection of porcine DNA – Test method – Food and food products”.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Madius Tangau berkata, standard baru ujian DNA itu akan memberi keyakinan kepada rakyat terhadap ujian makmal yang dijalankan untuk memastikan sesuatu produk bebas DNA khinzir.

“Standard ini dibangunkan ekoran daripada beberapa isu membabitkan produk yang diragui status halalnya termasuk kes coklat Cadbury.

“Keputusan pengujian yang berbeza dalam kes coklat Cadbury telah membangkitkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap pengeluar sijil halal,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Standard Baru Ujian DNA Khinzir Dalam Produk

Madius berkata, standard baru itu dapat membantu agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menyediakan panduan yang jelas kepada makmal-makmal yang menjalankan analisis DNA.

Jelas beliau, standard baru itu dibangunkan untuk menyeragamkan kaedah pengujian DNA khinzir yang sebelum ini menggunakan kaedah analisis, peralatan dan pelaksanaan juruanalisis yang berbeza bagi setiap makmal.


“Dengan adanya standard ini, ia dapat mengukuhkan kredibiliti dan kompetensi makmal-makmal pengujian yang menjalankan analisis DNA khinzir,” jelasnya.

Selain standard baru itu, katanya, MOSTI telah meluluskan tiga lagi Malaysian Standards (MS) baru dan enam MS yang disemak semula pada bulan ini.

“Sehingga kini, terdapat 5,258 MS yang merentasi pelbagai sektor industri yang telah dibangunkan di bawah MOSTI melalui Jabatan Standard Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori