• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Teliti Dakwaan Anggota MT UMNO Seleweng Dana

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan seorang anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO dipercayai terbabit dalam penyelewengan projek pembangunan perisian untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), semalam.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini, berkata laporan itu diterima daripada Polis Diraja Malaysia yang mendapat satu aduan daripada orang awam.

“SPRM akan meneliti laporan yang telah diperoleh sebelum membuka kertas siasatan terhadap dakwaan tersebut.

“Individu yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan sekiranya perlu bagi membantu siasatan,” kata kenyataan itu.

SPRM juga akan bekerjasama dengan MCMC bagi mendapatkan maklumat-maklumat berhubung dakwaan tersebut, kata kenyataan itu.

Sebuah portal berita tempatan sebelum ini melaporkan sebuah syarikat membuat laporan polis mendakwa sebuah yayasan milik seorang anggota MT UMNO melakukan penyelewengan dana sebanyak RM2.7 juta.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman mengesahkan menerima laporan polis itu. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd