• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Selesai Siasat Kes Libatkan Annuar Musa

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes melibatkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa, telah pun selesai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata kertas siasatan kes itu telah dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan keputusan selanjutnya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan status penyiasatan kes SPRM yang melibatkan pengerusi MARA itu, di Dewan Rakyat hari ini.

Hanipa juga bertanya sama ada saksi utama kes berkenaan iaitu Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM.

Low berkata siasatan SPRM mendapati tiada keperluan untuk memanggil Tunku Ismail memberi keterangan dalam kes tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Annuar digantung tugas sebagai Pengerusi MARA dan Pengerusi Pelaburan MARA Berhad (PMB) berkuat kuasa serta merta pada 31 Jan lepas berikutan dakwaan berhubung penajaan pasukan bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) oleh dua agensi berkenaan. – BERNAMA

Tags: Annuar MusarasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd