• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Perangi Rasuah Sebagaimana Titah Agong

oleh AK-47
08/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus melipatgandakan usaha memerangi penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata agensi itu juga bertekad untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan seiring dengan titah baginda.

“Sebagai satu-satunya agensi penguatkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk memerangi rasuah di negara ini, SPRM akan memastikan titah Seri Paduka terlaksana sepenuhnya menggunakan segala kemampuan yang ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sultan Muhammad V dalam titah baginda ketika perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat, menzahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta pembocoran maklumat kerajaan yang melibatkan penjawat dan bekas penjawat awam.

Seri Paduka bertitah walaupun kegiatan itu dilakukan segelintir mereka yang terbabit, namun ia menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Menurut Dzulkifli, SPRM menjunjung titah Seri Paduka sebagai satu cabaran untuk SPRM melaksanakan tugas memerangi rasuah dengan lebih komited dan efisien.

Sehubungan itu beliau berharap rakyat Malaysia khususnya seluruh jentera kerajaan untuk bersama-sama tanpa kompromi, berganding bahu bersama SPRM untuk melaksanakan titah baginda. – BERNAMA

Tags: AgongDatuk Dzulkifli AhmadrasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd