• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Pertahanan Siber Negara Akan Beroperasi

oleh Ahmad Albab
25/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Sistem pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia akan beroperasi sepenuhnya pada Oktober ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dibangunkan sejak dua tahun lalu, sistem yang akan menjadi antara yang terbaik di Asia Tenggara itu bakal meningkatkan lagi kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ancaman siber, katanya.

Hishammuddin berkata kecekapan sistem itu teruji apabila berjaya mematahkan beberapa serangan siber ketika masih dalam proses pembangunan.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai serangan itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50): Masa Depan Pertahanan Negara, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata kementeriannya sedang memperhalusi satu skim pencen untuk kira-kira 176,000 anggota tentera yang telah bersara namun tidak menerima pencen.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan skim baharu itu semasa pelancaran sambutan Hari Pahlawan tahun ini.

Mengenai dialog itu, beliau berkata peserta memberikan input yang bernas dan kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk memuktamadkan aspirasi TN50 dalam aspek pertahanan negara.

Dialog yang turut disertai Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin itu melibatkan kira-kira 600 peserta merangkumi pelajar universiti, kepimpinan belia dan alumni Program Latihan Khidmat Negara. – BERNAMA

Tags: ATMHishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Felda: Prihatin Pembangkang Bermotif Politik

Next Post

Rakyat Perlu Rebut Peluang Untuk Tingkat Taraf Hidup

Related Posts

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

Taiwan Bincang Dana Ketenteraan Baharu Dengan AS

Mindef Sedia Hantar ATM Ke Timur Tengah Bantu Urus Keselamatan Pelajar Malaysia

21/04/2024
0

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah untuk membantu menguruskan keselamatan para...

Next Post

Rakyat Perlu Rebut Peluang Untuk Tingkat Taraf Hidup

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd