• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Rebut Peluang Untuk Tingkat Taraf Hidup

oleh Ahmad Albab
25/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Rakyat di negeri ini disaran merebut segala peluang yang diberikan supaya dapat meningkatkan taraf hidup dan tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata rakyat juga perlu memainkan peranan menjayakan hasrat kerajaan untuk mencapai kemajuan dengan mengambil sebahagian daripada tanggungjawab yang dipikul kerajaan.

“Di mana-mana negara pun, kalau rakyat mengharapkan sepenuhnya bantuan daripada kerajaan, saya rasa negara tersebut tidak akan dapat mencapai kejayaan. Negara yang berjaya adalah negara yang memiliki rakyat yang memikul tanggungjawab bersama,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Taman Cendana, di sini hari ini.

Beliau berkata sekiranya masyarakat memainkan peranan yang aktif dalam merebut peluang yang diberikan, ia tentu dapat membantu pembangunan dan menggerakkan pertumbuhan ekonomi sekali gus menyumbang kepada kestabilan negara.

Mengenai pemberian BR1M, Mohamed Khaled menegaskan ia bukan rasuah sebaliknya bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan terutamanya masyarakat dalam kategori kurang berkemampuan.

“Kerajaan mahu mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Apabila meningkat, bermakna jumlah penerima bantuan juga boleh berkurangan sekali gus dapat menambah jumlah BR1M yang diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan lain,” katanya.

Bantuan kepada kumpulan sasaran seumpama itu dilaksanakan tidak hanya di negara ini tetapi turut dilakukan di negara maju termasuk negara jiran, katanya.

Terdapat 63 negara mengamalkan skim bantuan pemindahan wang tunai kepada kumpulan sasaran rakyat masing-masing dan ia juga diberikan dalam pelbagai bentuk termasuk baucar atau kupon makanan dan barangan asas.

“Di Singapura, ia dinamakan ‘ComCare’ dan dilaksanakan sejak 2005 yang membantu 1.4 juta rakyat yang tidak mampu bekerja, tiada sumber pendapatan serta mempunyai sokongan keluarga yang terhad.

“Brazil menamakan bantuan sebegini sebagai Bolsa Familia. Ia membantu 36 juta keluarga di negara itu dan berjaya menurunkan kadar kemiskinan tegar sebanyak 89 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, Anggota Parlimen Pasir Gudang Datuk Normala Abdul Samad berkata terdapat 1,187 penerima BR1M bagi Parlimen Pasir Gudang tahun ini.

Normala berkata daripada jumlah itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas merekodkan 525 penerima manakala 662 penerima di DUN Johor Jaya. – BERNAMA

Tags: Bangsa JohorDatuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd