• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan 2 Bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Selesai

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan melibatkan dua bekas Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Corporation Bhd (1MDB), Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, selesai, dan tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap syarikat pelaburan strategik tersebut, kata Kementerian Kewangan (MOF).

MOF berkata Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB atas kegagalan mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

“1MDB telah pun membayar kompaun tersebut sepenuhnya,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini bagi menjawap pertanyaan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya).

Wong bertanyakan MOF mengenai kerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk menghubungi dua individu berkenaan, selain sama ada individu berkenaan masih tersenarai dalam senarai pengamatan BNM.

Kementerian Kewangan berkata berikutan penyelesaian siasatan berkenaan, kedua-dua individu terbabit tidak lagi diletakkan di bawah pemantauan BNM, kecuali sekiranya terdapat sebarang maklumat baharu berkaitan pelanggaran peruntukan undang-undang yang dikawal selia oleh BNM. – BERNAMA

Tags: 1MDBPengarah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd