• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lelaki Maut Kereta Bertembung Bas Dekat Lipis

oleh Ahmad Albab
14/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang lelaki maut setelah kereta dinaikinya bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 5 Jalan Lipis-Benta dekat Lipis tengah hari tadi.

Dalam kejadian 1.15 tengah hari itu mangsa Mohd Asri Bakar, 41, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 30 penumpang bas berkenaan yang merupakan pelatih jururawat Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata kejadian itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu kereta berseorangan dari arah bertentangan terbabas dan kemudian masuk ke laluan bas lalu merempuh bas itu.

“Akibat perlanggaran tersebut mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kereta,” katanya kepada Bernama.

Azry berkata bagaimanapun pemandu bas Mohd Nasir Hassan, 59, dan pemandu kedua bas itu Kamarulzaman Che Daud, 41, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata ketika kejadian, bas bersama kesemua penumpang berkenaan dalam perjalanan dari kolej kejururawatan itu ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kursus.

Azry berkata mayat Mohd Asri dihantar ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lipis Haslizan Ramli berkata seramai 11 anggota bomba termasuk pegawai bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd